Nov 27, 2014

Ku Sujud Padamu Ya Allah

Alhamdulillah.. Syukur ku panjatkan Padamu Ya Allah kerana diberi lagi masa untuk berbakti pada orng tua, agama, bangsa & negara.. Syukur diberi pinjaman akal yg waras, kesihatan yg baik, kehidupan yg sempurna dan keluarga yg bahagia.. 

Alhamdulillah,  dngn izin Allah,  tanggal 28.10.2014 lahirlah khalifah kecil yg akan berbakti di muka bumi Allah... A'isyah Nur Zahrah bt Azharuddin diberi nama oleh ibu & ayah.. Permata hati lambang kasih sayang ibu & ayah... 

Anakanda zahrah,  
Selamat datang ke dunia yg penuh liku2 hidup.. Semoga Anakanda dilindungi Allah sentiasa.. Semoga Anakanda mendapat barakah dari Allah.. Ibu doakan Anakanda sentiasa sihat, cergas, cerdik, rajin, hormat orng tua, berhati waja, kuat iman dan takwa, dermawan dan sentiasa mengejar ilmu akhirat.. Ibu akan sentiasa ada dngn Anakanda.. Susah senang kita akan lalui bersama.. Anakanda kena kuat kerana Anakanda menjadi sumber kekuatan ibu.. Ayah selalu tiada disamping kita, Jd kita berdua kena kuat...

Terima kasih Ya Allah atas rezeki berlipat ganda untuk keluarga kecil ku.. Sesungguhnya kepada Mu sahaja aku berserah kesihatan dan kekuatan Anakanda A'isyah nur zahrah... Moga dipermudahkan rezeki zuriat lg kepada aku dan suamiku... Ameen....

No comments: