Jan 21, 2014

Allahuakbar.... belum tiba rezekinya lg..

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk aku menghirup udara ciptaannya dan berjihad mendidik anak bangsa agar terus berjaya.. Syukur dikurniakan suami yg penyayang, family yg memahami dan kawan2 yg sentiasa ada bila memerlukan..

Belum ada rezeki lagi kali nie.. Aku tetap bersyukur dngn kurniaan mu Ya Allah.. Dah masuk dua bulan usia perkahwinan ku.. alhamdulillah diberi kebahagian yg berganda2 walaupon mr zauj jauh di utara.

Jarak antara aku dan mr zauj dah semakin jauh. sebelum ni aku hny ulang alik dr jengka ke kuantan, tp bermula minggu nie aku akan berulang dr jengka ke lumut. walaupon jauh aku berdoa agar diberi kekuatan untuk aku menempuh semuanya.. Mungkin belum ada rezeki zuriat lg untuk aku dan mr zauj. Allah nk suruh kami dua honeymoon lg.. Lgpon mr zauj akan menghadiri kursus selama 6 bulan. jd tinggal aku sorng di jengka.. Ya Allah aku mohon padamu agar dikurniakan zuriat menjadi peneman aku, sumber kekuatan dan pengikat kasih syng antara kami berdua. aku mohon pada MU ya Allah agar zuriat itu menjadi peneman ulang alik ke lumut smpai bila2, menjadi peneman aku di jengka, menjadi anak yg soleh dan solehah..

Ya Allah, jgn Engkau biarkan aku keseorng tanpa zuriat, keturunan untuk diwarisi..

Aku berserah segalanya pada Allah swt kerana DIA adalah perancang yg terbaik.. Ada hikmah disebalik setiap rancangannya. Tawakal dan terus berusaha serta berdoa.. Moga2 Allah mempermudahkan dan mendengar dan memperkenankan doaku ini....
Ameen...

No comments: